Hak kemanusiaan dalam undang-undang antarabangsa Hak_asasi_manusia

Pada tahun 1948,resolusi Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat[1] telah diterima oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Dengan tidak mengenakan kuatkuasa undang-undang, ia mendesak negara anggotanya supaya menegakkan sejumlah hak kemanusiaan, termasuklah hak sivil, hak ekonomi dan hak sosial. Resolusi ini juga menekankan bahawa hak berkenaan merupakan teras untuk mewujudkan "kebebasan,keadilan dan keamanan di Dunia".

Perisytiharan ini menyarankan supaya kelakuan kerajaan terhadap rakyat seharusnya disempadankan bersamping tanggugjawab kerajaan terhadap rakyat diperjelaskan.

Usaha untuk mewujudkan kuatkuasa undang-undang berkaitan dengan piagam ini,telah menimbulkan pendebatan antarabangsa mengenai apakah hak kemanusian yang harus diabsahkan. Tetapi pada akhirnya, 2 perjanjian antarabangsa telah diadakan. Yakni:

  • International Covenant on Civil and Political Rights (terbuka untuk ditandatagani sejak 1966, dikuatkuasakan pada 23 Mac 23, 1976)[2]
  • International Covenant on Economic, Social and Cultural Rights (terbuka untuk ditandatangani sejak 1966, dikuatkuasakan pada 3 Januari, 1976)[3]

Bagi negara yang telah menandatangai perjanjian ini, mereka mempunyai tanggungjawab untuk menegakkan hak kemanusian yang disenarikan dalam perjanjian yang berkenaan.